SYAIR PERANG SAUDARA DI PAHANG - MOHD YUSOF M NOR & DR. ABD. RAHMAN KAER
Syair
|
Maksud
|
Kisah nan tidak hamba panjangkan,
Ceritanya banyak lagi disebutkan,
Ini sekadar sahaya ringkaskan,
Kisah berperang pula diceterakan.
|
Permulaan kisah perang iaitu kisah perang saudara di Pahang.
|
Putera laki-lakiyang tuanya,
Ialah memangku paduka ayahandanya,
Perintah negeri terserah kepadanya,
Bendahara Tun Tahir kononnamanya.
|
Pemangku sultan merupakan putera sulung yang memerintah negeri yang bernama Bendahara Tun Tahir.
|
Encik Engku Ahmad seorang anakanda,
Putera yang tengah raja berida,
Lima orang laki-laki padukan anakanda,
Sikapnya elok lakunya syahda.
|
Putera yang tengah ialah Encik Engku Ahmad. Terdapat lima orang lagi putera lelaki sultan yang mempunyai perilaku yang baik.
|
Selang tiada berapa lama,
Encik Engku Ahmad keluar mengembara,
Pergi belayar ke Singapura,
Sambil menghibur hati yang lara.
|
Encik Engku Ahmad keluar mengembara ke Singapura sambil menghiburkan hatinya yang lara.
|
Pelayaran tiada berapa lamanya,
Sampailah sudah konon dianya,
Di Kampung Gelam tempat berhentinya,
Di dalam kota tempat berhentinya.
|
Tidak lama belayar, Encik Engku Ahmad sampai di Kampung Gelam dan singgah di tempat tersebut.
|
Duduk bersama putera Sultan,
Tengku Jafar namanya tuan,
Itulah konon menjadi taulan,
Duduk di sana terlalu hairan.
|
Encik Engku Ahmad tinggal bersama Tengku Jaafar yang menjadi sahabat baginda. Baginda berdua tinggal di sana tanpa sebarang kawalan.
|
Serta beriringan teman dan kawan,
Ramai menghantar handai dan taulan,
Seketika sampai di dalam kenaikan,
Lalu kembali mereka sekalian.
|
Encik Engku Ahmad diiringi teman-teman dan kawan-kawan untuk kembali ke negerinya.
|
Sauh pun dibongkar dengan segera,
Belayarlah sudah muda perwira,
Ke sebelah barat mencari kira,
Pergi Kemaman kononnya cetera.
|
Mereka mula belayar ke sebelah barat iaitu ke Kemaman.
|
Kata orang empunya madah,
Ke dalam Kemaman sampailah sudah,
Di situlah berhenti muda yang indah,
Sultan Terengganu punya perintah.
|
Mereka sampai di Kemaman yang indah tempat Sultan Terengganu memerintah.
|
Tiada berapa lama antara,
Sampai di Kemaman lalu terkira,
Dapatlah pakatan dengan segera,
Hendak melanggar Pahang segera.
|
Mereka membuat perancangan untuk menyerang negeri Pahang.
|
Tema:
Berkisarkan perancangan perang saudara yang bakal berlaku di Pahang.
Persoalan:
· Peperangan tidak membawa sebarang keuntungan tetapi membawa kebinasaan.
· Hubungan dan kerjasama untuk menjalankan suatu tindakan.
· Golongan bangsawan yang mengamalkan hidup bebas tanpa kawalan.
Bentuk:
· Syair ini mengandungi sepuluh rangkap.
· Setiap rangkap mengandungi empat baris.
· Jumlah perkataan ialah empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sembilan dalam satu baris.
· Rima akhir tetap iaitu ’a,a,a,a’.
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
Kata Ganda
|
Putera laki-laki yang tuanya,(R2,B1)
|
Unsur Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
Kisah nan tidak hamba panjangkan,(R1,B1)
|
Aliterasi
|
Ini sekadar sahaya ringkaskan, (R1,B4)
|
Nilai:
· Setiakawan: Tengku Jaafar yang menjadi sahabat Encik Engku Ahmad bersama-sama melakukan aktiviti dengan baginda.
· Keberanian: Keberanian Encik Engku Ahmad membentuk pakatan untuk menyerang Pahang.
· Kesetiaan: Setia mendengar perintah Sultan Terengganu berhenti di Kemaman untuk mengumpul pakatan menyerang Pahang.
Pengajaran:
· Kita perlulah mempunyai keperibadian yang tinggi agar kita disukai rakan dan teman.
· Kita haruslah merantau untuk mencari pengalaman hidup.
· Kita mestilah pandai membawa diri dan tidak menunjuk lagak semasa berada di perantauan.
ssumber : http://tamanseribupuisi.blogspot.com/2012/05/syair-perang-saudara-di-pahang-mohd.html
ssumber : http://tamanseribupuisi.blogspot.com/2012/05/syair-perang-saudara-di-pahang-mohd.html
No comments:
Post a Comment