1 May 2020

SAJAK : KUDUP PERANG (TING 5)


LAKSAMANA HANG TUAH | Ancient warriors, Art, Anime art

SAJAK KUDUP PERANG 
(TUAH SAUJANA)

TemaKepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi

RANGKAP
SAJAK
MAKSUD
Rangkap 1
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman – sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya;
siapakah pahlawan yang asli?
Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati.
Rangkap 2
Memang kita tidak sempat menjenguk
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara – perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?
Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah.
Rangkap 3
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota
Penyajak tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.
Rangkap 4
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersirat – nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat
Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun, pengikut Jebat telah beranggapan  bahawa Jebatlah pemimpin yang sebenar.
Rangkap 5
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia – seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.
Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan negara amatlah sukar.
Rangkap 6
Sehingga senja tiba,
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.
Penyajak sedar bahawa sehingga kini masyarakat masih bertengkar untuk menentukan atau pemimpin  sebenar yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi
Cineasia Filmfestival Köln #5 07.-11.12.05

Tema

Tema sajak ini ialah kepentingan kewibawaan dan ketokohan seseorang pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin pada masa ini semakin berani memutar-belitkan keadaan yang sebenar demi menjaga kepentingan diri. Oleh sebab itu, penulis berpendapat bahawa manusia pada zaman moden ini masih memikirkan calon pemimpin mereka yang paling berwibawa dan berketerampilan.


Persoalan
(a) Kewibawaan pemimpin

(b) Ketokohan pejuang bangsa

(c) Kebenaran sejarah kepemimpinan

(d) Perbezaan pendapat antara masyarakat tentang pemimpin

(e) Masalah peperangan yang masih berlaku

(f) Sifat mementingkan diri dalam kalangan pemimpin


GAYA BAHASA

(a) Personifikasi

Buktinya, membajakan kezaliman – sering mengudupkan putik dendam kerana membenarkan sepasang mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi dan darah yang tiba-tiba membuak bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula

(b) Metafora

Buktinya: 
mengudupkan putik dendam kepada jari-jemari takdir 
menumbuhkan kelopak rahsia
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
perca-perca bahagia – seperti perawan

(c) Anafora

Buktinya, untuk berlari dengan tangan bergari
untuk sehari lagi; sambil bertanya:

(d) Responsi

Buktinya, mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya

(e) Sinkope

Buktinya, Andai namamu Tuah, kita masih
Andai namamu Jebat, kita masih tidak

(f) Imejan atau imej alam

Buktinya, ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
sehingga senja tiba,

(g) Similie
Buktinya
perca-perca ahagia - seperti perawan

(h)  Perlambangan
Buktinya, Sehingga senja tiba
Senja dalam baris sajak di atas melambangkan waktu zaman sudah tua


NILAI MURNI

(a) Keberanian

(b) Kebijaksanaan

(c) Hemah tinggi

(d) Bertanggungjawab

(e) Amanah

(f) Keadilan


PENGAJARAN

(a) Kita mestilah berani meluahkan perasaan dan hujah tentang sesuatu perkara yang benar.

(b) Kita mestilah bijak memilih pemimpin yang benar-benar berkewibawaan dan memiliki ketokohan untuk menerajui

(f) Kita mestilah adil dan saksama dalam segala perbuatan demi memastikan kesempurnaan sesuatu organisasi yang kita pimpin, sesebuah organisasi waima negara.

(c) Kita mestilah menjadi seorang pemimpin yang berkewibawaan demi menjaga maruah diri dan keluarga.

(d) Kita mestilah bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepada kita sebagai seorang pemimpin.

(e) Kita mestilah amanah dalam usaha menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang memimpin sesuatu organisasi.

SUMBER : 1 , 2

LATIHAN
Jawab ke semua soalan berikut :
1. Berikan maksud ungkapan peta keadilan yang tersiat dalam rangkap ke-4, baris ke-4? 
2. Nyatakan perbezaan perwatakkan Tuah dengan Jebat.
3. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri ketua yang berwibawa?
4. Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.

No comments:

Post a Comment