17 April 2014

SYAIR PERANG SAUDARA DI PAHANG

SYAIR PERANG SAUDARA DI PAHANG - MOHD YUSOF M NOR & DR. ABD. RAHMAN KAER


Syair
Maksud
Kisah nan tidak hamba panjangkan,
Ceritanya banyak lagi disebutkan,
Ini sekadar sahaya ringkaskan,
Kisah berperang pula diceterakan.

Permulaan kisah perang iaitu kisah perang saudara di Pahang.
Putera laki-lakiyang tuanya,
Ialah memangku paduka ayahandanya,
Perintah negeri terserah kepadanya,
Bendahara Tun Tahir kononnamanya.

Pemangku sultan merupakan putera sulung yang memerintah negeri yang bernama Bendahara Tun Tahir.
Encik Engku Ahmad seorang anakanda,
Putera yang tengah raja berida,
Lima orang laki-laki padukan anakanda,
Sikapnya elok lakunya syahda.

Putera yang tengah ialah Encik Engku Ahmad. Terdapat lima orang lagi putera lelaki sultan yang mempunyai perilaku yang baik.
Selang tiada berapa lama,
Encik Engku Ahmad keluar mengembara,
Pergi belayar ke Singapura,
Sambil menghibur hati yang lara.

Encik Engku Ahmad keluar mengembara ke Singapura sambil menghiburkan hatinya yang lara.
Pelayaran tiada berapa lamanya,
Sampailah sudah konon dianya,
Di Kampung Gelam tempat berhentinya,
Di dalam kota tempat berhentinya.

Tidak lama belayar, Encik Engku Ahmad sampai di Kampung Gelam dan singgah di tempat tersebut.
Duduk bersama putera Sultan,
Tengku Jafar namanya tuan,
Itulah konon menjadi taulan,
Duduk di sana terlalu hairan.

Encik Engku Ahmad tinggal bersama Tengku Jaafar yang menjadi sahabat baginda. Baginda berdua tinggal di sana tanpa sebarang kawalan.
Serta beriringan teman dan kawan,
Ramai menghantar handai dan taulan,
Seketika sampai di dalam kenaikan,
Lalu kembali mereka sekalian.

Encik Engku Ahmad diiringi teman-teman dan kawan-kawan untuk kembali ke negerinya.
Sauh pun dibongkar dengan segera,
Belayarlah sudah muda perwira,
Ke sebelah barat mencari kira,
Pergi Kemaman kononnya cetera.

Mereka mula belayar ke sebelah barat iaitu ke Kemaman.
Kata orang empunya madah,
Ke dalam Kemaman sampailah sudah,
Di situlah berhenti muda yang indah,
Sultan Terengganu punya perintah.

Mereka sampai di Kemaman yang indah tempat Sultan Terengganu memerintah.
Tiada berapa lama antara,
Sampai di Kemaman lalu terkira,
Dapatlah pakatan dengan segera,
Hendak melanggar Pahang segera.


Mereka membuat perancangan untuk menyerang negeri Pahang.

Tema:
Berkisarkan perancangan perang saudara yang bakal berlaku di Pahang.

Persoalan:
·         Peperangan tidak membawa sebarang keuntungan tetapi membawa kebinasaan.
·         Hubungan dan kerjasama untuk menjalankan suatu tindakan.
·         Golongan bangsawan yang mengamalkan hidup bebas tanpa kawalan.

Bentuk:
·         Syair ini mengandungi sepuluh rangkap.
·         Setiap rangkap mengandungi empat baris.
·         Jumlah perkataan ialah empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sembilan dalam satu baris.
·         Rima akhir tetap  iaitu ’a,a,a,a’.

Gaya Bahasa
Contoh
Kata Ganda
Putera laki-laki yang tuanya,(R2,B1)

Unsur Bunyi
Contoh
Asonansi
Kisah nan tidak hamba panjangkan,(R1,B1)
Aliterasi
Ini sekadar sahaya ringkaskan, (R1,B4)


Nilai:

·         Setiakawan: Tengku Jaafar yang menjadi sahabat Encik Engku Ahmad bersama-sama melakukan aktiviti dengan baginda.
·         Keberanian: Keberanian Encik Engku Ahmad membentuk pakatan untuk menyerang Pahang.
·         Kesetiaan: Setia mendengar perintah Sultan Terengganu berhenti di Kemaman untuk mengumpul pakatan menyerang Pahang.


Pengajaran:

·         Kita perlulah mempunyai keperibadian yang tinggi agar kita disukai rakan dan teman.
·         Kita haruslah merantau untuk mencari pengalaman hidup.
·         Kita mestilah pandai membawa diri dan tidak menunjuk lagak semasa berada di perantauan.

ssumber : http://tamanseribupuisi.blogspot.com/2012/05/syair-perang-saudara-di-pahang-mohd.html

20 March 2014

Drama : Hemodalisis

Nota KOMSAS 20/3/2014

** Berikutan dari saya tidak hadir kesekolah kerana hal kecemasan yang tidak boleh dielakkan. Sila baca drama dibawah. Akan dibincangkan pada minggu pertama buka sekolah. Jawab latihan dibawah dalam buku latihan komsas. Sila buat Sinopsis sendiri hasil daripada bacaan sendiri.



SINOPSIS
Drama Hemodialisis mengisahkan Abah yang sakit tetapi enggan mendapatkan rawatan terutama daripada anaknya sendiri Dr. Afif.  Abah tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya dan lebih selesa berada di rumah.  Abah menganggap dia akan mati tanpa mahu berusaha mengubati penyakitnya.  Abah cuba dipujuk oleh cucunya, Nabilah tetapi gagal.  Abah dibawa ke klinik secara paksa.  Setelah empat jam, abah pulang bersama-sama mesin hemodialisis yang dikendalikan sendiri.

            Abah berasa tidak selesa dengan mesin itu.  Dr. Afif menerangkan tindakannya memaksa abah ke klinik dan merawatnya kerana ingin membalas budi dan mahu abah terus hidup.  Abah dikunjungi oleh Fatin Atiqah dan teman lelakinya Saufi.  Fatin Atiqah menyampaikan berita bahawa dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaannya.  Abah yang terlalu gembira telah terlucut wayar mesin hemodialisisnya.  Keadaan menjadi cemas.  Abah berjaya diselamatkan oleh Dr. Afif.
           
 

 TEMA

Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

  PERSOALAN
1.      Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat/mesra.

2.      Persoalan tentang tugas dan tanggungjawab doktor.

3.      Persoalan menyerah diri/mengharapkan kematian apabila sakit.

WATAK DAN PERWATAKAN

 
Abah

Ø      Berusia 63 tahun. Mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak – Dr. Afif, Fiqri dan Fatin Atiqah. Menantu - Zarina dan cucu - Nabilah.

Ø       Menghidap penyakit buah pinggang - terpaksa menggunakan mesin hemodialisis.

Ø      Seorang penulis yang hebat – diakui oleh Dr. Afif.

Ø      Seorang yang tidak mahu menyusahkan anak-anak – tak bagi mama menelefon anak-anak.

Ø      Seorang yang bersifat penyayang, tegas – mendidik anak-anak sehingga berjaya.

Ø      Tidak mementingkan diri sendiri – tidak mengambil kesempatan walaupun anaknya seorang doktor.

Ø      Seorang yang suka bergurau.


Dr. Afif

Ø      Bijak - doktor pakar. 
Ø      Penyayang - ambil berat tentang keluarga.
Ø      Mengenang  jasa orang tua – menyanjung tinggi pengorbanan abahnya.
Ø      Cekap bekerja.
Ø      Pantas bertindak apabila mendapat panggilan daripada mama. 
Ø      Berkorban untuk bapanya - memberi mesin hemodialisis di kliniknya untuk abah.

Mama  

Ø      Isteri yang penyayang.
Ø      Ambil berat akan keluarganya. 
Ø      Patuh dan taat akan suaminya.
Ø      Suka bergurau. Sabar - walaupun kena marah. 
Ø      Cepat bertindak - tidak mudah panik (abah pengsan).


Fatin Atiqah

Ø      Bijak - pelajar cemerlang di universiti.
Ø      Sayang akan bapanya - ambil berat.
Ø      Cepat panik -terus balik apabila mendapat panggilan daripada mama.
Nabilah  

Ø      Cucu abah.
Ø      Anak Dr. Afif dan Zarina.
Ø      Penyayang.
Ø      Cakap lepas.


PLOT


 
Teknik plot dan pembinaan plot

Plot drama Hemodialisis adalah mengikut kronologi. 

Permulaan cerita

Abah sakit perut dan mama mencadangkan supaya memanggil Dr. Afif di klinik.  Hasrat mama ditentang oleh abah. 

Perkembangan cerita

 Abah pengsan. Dr. Afif datang ke rumah dan memujuk abah supaya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.  Konflik abah bertambah apabila Nabilah datang memujuk abah dan Dr. Leong datang membawa kerusi roda.  Abah dibawa ke klinik secara paksa.  Abah pulang dengan mesin hemodialisis.  Abah masih tidak berpuas hati dan berhujah dengan Dr. Afif. 

Klimaks

Wayar mesin hemodialisis Abah tercabut. 

Peleraian cerita

Abah diselamatkan oleh Dr. Afif.

 LATAR
 
 Masa

Ø      Siang hari.
Ø      Waktu pagi.

Tempat

Ø      Ruang tamu rumah Abah.


Masyarakat
           

Ø      Golongan tua yang sakit enggan mendapatkan rawatan.
Ø      Masyarakat yang berpendidikan / berpelajaran.
Ø      Masyarakat yang mengutamakan / memikirkan kepentingan     
Ø      Masyarakat yang hanya berserah kepada takdir- tua,sakit-mati.

GAYA BAHASA

 
1.      Sinkope
       Contoh:  nak (hendak), ni (ini), dah (sudah), tak (sudah), tu (itu)

2.   Sajak
      Contoh: m/s: 27

3.  Bahasa Inggeris
Contoh:  I am a doctor, and I want to be your doctor. I promise to be your good doctor.  (m/s 8)





  NILAI

1.      Nilai kasih sayang
      Contoh:  Kasih sayang anak-anak terhadap bapa yang sakit.

2.      Nilai hormat menghormati
      Contoh:  Dr. Afif tetap menghormati abahnya.

3.      Nilai  menghargai jasa
      Contoh:  Dr. Afif amat menghargai jasa abahnya.

4.      Nilai  prihatin
      Contoh:  Mama amat prihatin terhadap kesakitan yang dideritai oleh suaminya.

5.      Nilai  kesabaran
      Contoh:  Dr. Afif tetap bersabar dengan karenah bapanya yang tidak mahu ke kliniknya untuk berubat.

6.      Nilai menghargai ilmu
      Contoh: Fatin Atiqah belajar di salah sebuah universiti dan telah lulus dengan cemerlang.


PENGAJARAN
 

1.      Kita perlu menyayangi setiap ahli keluarga.

2.      Kita mesti menghormati orang yang lebih tua dan berpengetahuan daripada kita.

3.      Kita perlu menghargai jasa kedua-dua ibu bapa yang telah mendidik kita.

4.      Kita harus mengambil berat akan masalah yang dialami oleh orang lain.

5.      Kita perlu bersabar untuk mengelakkan persengketaan.

6.      Kita perlu bersabar menghadapi karenah orang tua.

7.      Kita harus menghargai ilmu yang dimiliki oleh seseorang / Kita perlu menuntut ilmu sepanjang hayat.





  LATIHAN

 
1.   Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam drama ini.

2.   Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam drama ini. 

3.  Senaraikan 10 ayat perintah yang terdapat dalam teks.

sumber :http://lamanbahasa.wordpress.com/komsas/