17 August 2020

SAJAK: PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

      SAJAK: PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS


A. MAKSUD SAJAK:


SAJAK
MAKSUD
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.

Penulis menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu di bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana. Oleh sebab suasana dan persekitaran bandar dan kampung jauh berbeza, penulis berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar. Penulis mahu anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di sebuah universiti.

Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.

Penulis sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan pengalaman kehidupannya. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis mahu melatih anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat mematangkan diri. Dengan berbuat demikian, pemikiran anaknya menjadi lebih matang dan bijaksana menghadapi segala cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang mahasiswa agar dapat berjasa kepada keluarga, bangsa, dan negara pada masa depan.

Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

Penulis beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya yang sedang menimba ilmu di sana. Walau bagaimanapun, penulis beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif juga tersebar luas apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya waima pengaruh media massa. Oleh hal yang demikian, penulis berharap agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan sikap negatif seperti sombong dan mementingkan status sebagai seorang mahasiswa di bandar.

Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah

Penulis berhadap agar anak perempuannya yang belajar di universiti bijak menyesuaikan diri dan belajar dengan bersungguh-sungguh di bandar terutamanya dia yang terpaksa berjauhan daripada keluarga. Dengan kejayaan yang dikecap oleh anaknya, dia dapat mengembangkan sayapnya demi masa depannya yang lebih cerah. Sebaliknya, penulis berharap agar anaknya tidak mudah berputus asa lalu pulang ke pangkuannya. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis mahu anaknya menjadi seorang perantau yang tabah menghadapi segala cabaran dalam kehidupan harian.


B. TEMA:
Tema sajak ini ialah nasihat dan peringatan seorang bapa kepada anak yang bakal melanjutkan pelajaran di menara gading. Dalam sajak ini, penulis berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza daripada di kampung halaman. Selain itu, penulis berharap agar anaknya dapat menjaga jati diri dan maruah diri sepanjang bergelar mahasiswa serta matang dalam pemikiran demi menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.


C. PERSOALAN:


(1) Kepentingan pendidikan demi masa depan. Contoh : Penyajak menghantar anaknya ke bandar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana menyedari kepentingan ilmu pengetahuan.

(2) Perbezaan kehidupan di bandar dan di luar bandar. Contoh: Penyajak mengatakan bahawa kehidupan di bandar adalah berbeza dengan kehidupan di kampung tempat asal anaknya menetap. Beliau berharap anaknya akan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar tersebut.

(3) Fikiran waras dan matang daripada pengalaman hidup. Contoh: Penyajak  beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif  apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya dan  media massa. Penulis berharap agar anaknya dapat membuat keputusan yang waras agar dapat mengelakkan sikap negatif dalam menjalani kehidupan di bandar.

(4) Cabaran hidup di bandar. Contoh: Penyajak menjelaskan bahawa kehidupan di bandar amat mencabar serta banyak perkara negatif akan berlaku jika anaknya tidak dapat membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang tidak baik.

(5) Harapan ibu bapa kepada anak yang bergelar mahasiswa. Contoh: Penyajak mengharapkan anaknya menjadi lebih matang dan seorang yang bijaksana.

(6) Nasihat ibu bapa kepada anak. Contoh: Penyajak menasihati anaknya supaya menyesuaikan diri dengan kehidupan bandar dan belajar bersungguh-sungguh untuk mengembangkan potensinya di bandar.


D. GAYA BAHASA:

(1) Sinkope
Contoh: Kuhantar kau mengecapi angin baru udara lain dari kampung bendang kuningmu

(2) Responsi
Contoh:
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu 
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu

(3) Anafora
Contoh:
di pohon kampus yang tegar status
di padang kampus yang hijau pertimbangan

(4) Metafora

Contoh:

Buktinya, mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
.
(5) Perlambangan Contoh:
burung  kesedihan yang disebabkan oleh cabaran sembilu  universiti tangga gading 

(5) Imejan atau imej alam
Contoh:
Kuhantar kau mengecapi angin baru udara lain dari kampung bendang kuningmu kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu

E. NILAI:

(1) Kasih sayang. Cth: penyajak amat menyayangi anak gadisnya yang menuntut di institut pengajian tinggi memberikan pesanan agar anak gadisnya bijak membawa diri di tempat baru yang berlainan dengan kehidupannya di desa

(2) Kesungguhan. Cth: Penyajak menasihati anak gadisnya supaya menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh untuk menaikkan peluang kejayaan hidup di bandar.

(3) Kegigihan. Cth: Penyajak menasihati anaknya supaya gigih menghadapi cabaran hidup di bandar yang amat berbeza dengan cabaran hidup di luar bandar. 

(4) Ketabahan. Cth. Penyajak menasihati anaknya supaya tabah menghadapi cabaran hidup di bandar. 

(5) Ketaatan. Cth: Penyajak berharap agar anak gadisnya taat dengan nasihat yang diberinya supaya dapat mencapai kejayaan yang diimpikannya.

(6) Hemah tinggi. Cth: Penyajak menasihati anak gadisnya supaya   menjaga budi pekerti walaupun sudah bergelar siswi

(7) Kebijaksanaan. Cth: Penyajak menasihati anak gadisnya supaya pandai membawa diri di perantauan agar tidak menemui kekecewaan dan kegagalan mengejar cita-cita .

F. PENGAJARAN:

(1) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

(2) Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa yang kita sukai.

(3) Kita haruslah gigih menimba ilmu dan pengalaman demi kegunaan pada masa depan.

(4) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.

(5) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah ke bandar.

(6) Kita haruslah menjaga maruah diri dan mengekalkan jati diri yang mulia di mana-mana sahaja kita berada.

(7) Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain.

(8) Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.

(9) Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan agar dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan

SAJAK ERTI HIDUP BERERTI

 

SAJAK ERTI HIDUP BERERTI (Teo Wei Sing)

LATIHAN KOMSAS:

SAJAK ERTI HIDUP BERERTI  (Teo Wei Sing)

RANGKAP
MAKSUD
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan dayang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Fikiran penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak pernah berubah. Tiada siapa yang datang menziarahinya. Keluhan daripada seorang insan tua yang kesunyian.
-        Penyajak berasa kesunyian kerana malam yang dilaluinya begitu sepi.  Walau bagaimanapun, keadaan itu tetap tidak berubah pada keesokan harinya kerana tiada sesiapa yang datang untuk menziarahinya
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Kebahagiaan  hidup yang diimpikan  oleh penyajak  hanya angan-angan sahaja  sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupainya dan tidak sanggup untuk menjaganya. Anak-anaknya saling menolak untuk menjaganya. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.
-        Keheningan tasik dan kehijauan rumput hanya sebagai bayangan lalu.  Kini, cinta yang tersemai sejak di dalam rahim telah dilupakan oleh anak-anaknya, iaitu daripada anak yang sulung hingga anak yang bongsu.  Lantas, penyajak mencari erti hidup sewaktu dirinya menderita sakit dan keseorangan

Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Suara Anak Pahang, 2009
Pekan Ilmu Sdn. Bhd.

Penyajak menganggap dirinya tidak  dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka anak kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak berharap agar hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini. Manusia jangan leka, dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali Tuhan yang kekal.
-        Penyajak berasa habawa dirinya tidak bermakna kepada anak-anaknya.  Namun demikian, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan supaya duka di hatinya terubat.  Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal kecuali Tuhan


TEMA- Sajak ini bertemakan kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua.  Penyair berasa sunyi dalam hidupnya kerana anak-anaknya telah melupakan kasih sayangnya.  Penyair berharap agar anak-anaknya dikurniakan oleh Tuhan keinsafan.
BENTUK SAJAK
.
1.     Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
2.     Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama.  Rangkap pertama mengandungi tujuh baris, rangkap kedua mengandungi sepuluh baris, dan rangkap ketiga mengandungi sebelas baris.
3.     Jumlah patah kata dalam setiap baris jugak tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satu baris.
4.     Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada empat hingga tiga belas suku kata.
5.     Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: aabcaca, rangkap kedua: abccdeafgh, dan rangkap ketiga: aabacdefdgc
6.     Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat

LATIHAN PENCERNAAN UNSUR KOMSAS SAJAK ERTI HIDUP BERERTI  :
UNSUR KOMSAS
HURAIAN / CONTOH
1.     Nilai keinsafan. 

Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia hanya sementara dan Tuhan sahaja yang kekal.

penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.

2.     Nilai kasih sayang. 

Ibu bapa mestilah bersikap penyayang terhadap anak-anak supaya kehidupan anak-anak itu mendapat berkat.

 kasih sayang penyajak yang makin berusia terhadap anak-anaknya tetap utuh walaupun mereka menderhakainya.

3.     Nilai ketabahan. 

Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak dirundung rasa putus asa
Penyajak tetap tabah dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan kesunyian walaupun tidak dihiraukan oleh anak-anaknya

4.     Nilai bertanggungjawab. 
Ibu bapa hendaklah sentiasa bertanggungjawab terhadap anak-anak supaya mereka memperoleh keredaan ibu bapa menerusi doa dan restu.

Penyajak seorang yang bertanggungjawab kerana mendoakan anak-anaknya dikurniakan keinsafan
5.     BERJASA
anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka

Penyajak berasa kecewa kerana jasanya yang membesarkan anak-anaknya tidak dihargai
6.     keikhlasan
Ibu bapa hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagian anak-anak agar mereka sedar bahawa kasih saying ibu bapa tetap ikhlas
Penyajak mendoakan kesejahteraan hidup anak-anaknya walaupun mereka tidak mengenang jasanya yang melahirkan mereka


sumber : LINK

PROSA - BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

 PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA



1.0 SINOPSIS

Negara Siam mendengar berita bahawa kerajaan Melaka merupakan sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh mana-mana kuasa ketika itu. Oleh itu, Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil untuk berjumpa dengan Sultan Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah / mengaku ketuanan  Raja Siam (membayar ufti). Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah lantas menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka. Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka bertujuan supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.

Namun begitu, terdapat seorang dari Kelang yang  iri hati kepada Tun Perak lalu memfitnahnya. Dia  memberitahu Sultan Muzaffar bahawa Tun Perak telah mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk mengetahui kedudukan perkara sebenar. Tun Perak memberitahu Sultan Muzaffar bahawa beliau  bertugas untuk Negara, dan meminta Sultan Muzaffar memecatnya jika mempercayai fitnah tersebut. Sultan Muzaffar sangat gembira dengan ketegasan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan. Ekoran pelantikan tersebut. penduduk  Melaka berpecah kepada dua kumpulan iaitu mereka yang berpihak kepada Paduka Raja dan Seri Nara Diraja. Mereka berduajuga  saling berselisih faham dan tidak bermaufakat. Sultan Muzaffar sagat sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua kerana perbalahan antara mereka boleh memunsahkan kerajaan Melaka.

Akhirnya, Sultan Muzaffar nekad untuk menceraikan isterinya iaitu Tun Kudu ( anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja) supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan Sultan Muzaffar. Sejak dikahwinkan, hubungan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.

Pada waktu itu 
Bendahara Paduka Raja dikatakan sebagai orang yang bijaksana.  Pada zaman kegemilangan itu, terdapat tiga orang pembesar yang bijaksana di tiga buah negeri besar, iaituPatih Aria Gajah Mada di Majapahit, Orang Kaya Kanayan di Pasai, dan Bendahara Paduka Raja serta Seri Nara Diraja pula menjadi penghulu bendahari di Melaka.

Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima Awi Dicu mahu menyerang Melaka lagi.  Sultan Muzaffar memerintahkan Bendahara Paduka Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam.  Seri Bija Diraja juga diperintahkan untuk membantu Bendahara Paduka Raja untuk mengusir orang Siam yang telah menghampiri Batu Pahat.  Bendahara Paduka Raja telah memerintahkan Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu Siam.  Tun Umar yang berani itu telah melanggar beberapa buah perahuSiam sehingga mereka kalah.  Tindakan Tun Umar itu telah membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan
Setelah hari malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan agar pohon-pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar.  Tindakan tersebut telah dilihat oleh orang Siam.  Hulubalangnya berpendapat bahawa kelengkapan Melaka sungguh banyak.  Dengan itu, orang Siam menjadi takut dan tidak jadi berperang lalu kembali ke Siam semula.
Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan tenteranya supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya tentera Melaka lalu mereka berpatah  balik ke Siam dan tidak jadi untuk menyerang Melaka.
Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di Siam,Paduka Babunnya sangat marah. Baginda  mengarahkan anaknya iaitu Cau Pandan untuk menyerang Melaka dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya. Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama)  iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya, dan mengarahkan panahnya itu ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahi Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah atas kesaktiannya itu.

Setelah 42 tahun memegang takhta, akhirnya Sultan Muzaffar Syah pun mangkat.  Takhta Melaka telah digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Raja Abdullah dengan gelaran Sultan Mansur Syah.  Usia baginda sewaktu menaiki takhta itu ialah 27 tahun.  Sultan Mansur Syah seorang yang kacak, adil, dan pemurah.  Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja.


2.0       Tema
Keghairahan Siam menyerang Melaka tanpa menilai kelemahan diri sendiri dan menyiasat kekuatan pihak lawan terlebih dahulu sebelum mengatur serangan.

3.0       Persoalan
1.      Kebijaksanaan Tun Perak dalam mengatur strategi menghalang serangan dari Siam
Contoh: Tun Perak membawa rakyat dari Kelang bersama-sama anak isteri untuk menaikkan semangat berperang
Tun Perak mengikat puntung api pada pokok bakau, pokok nyirih dan pokok api-api di sepanjang pantai bagi menakutkan pihak musuh.

2.      Semangat tidak mudah berputus asa.
Siam mengatur serangan ke atas Melaka sebanyak tiga kali walaupun kesemua percubaan tersebut menemui kegagalan.

3.   Kepentingan permuafakatan antara pemimpin memperkukuh
    ketahanan negara.
Konflik antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja telah menyebabkan masyarakat berpecah yang boleh melemahkan kekuatan negara.

4.    Perkahwinan dapat mengeratkan perhubungan persaudaraan.
Contohnya, Sultan telah menjodohkan Tun Kudu anak saudara Tun Perak dengan Sri Nara Diraja.

5.      Tanggungjawab melaksanakan tugas masing-masing tanpa        
       mencampuri urusan orang lain
Tun Perak meminta Seri Amarta tidak mencampuri urusannya dan mempersoalkan sesuatu tindakan yang diambil.

6.  Merahsiakan sesuatu perkara bagi mengelakkan konflik dalam
  keluarga.
Seri Nara Diraja merahsiakan anak hasil hubungannya dengan gundik bagi mengelakkan berkonflik dengan isteri

7.      Unsur kesaktian dalam peperangan
Sidi Arab mempunyai kesaktian dalam ilmu memanah. Beliau telah 
      memanah dari Melaka sehingga dapat membunuh Cau Pandan
      yang berada di benua Siam.

4.0  WATAK DAN PERWATAKAN:

WATAK
PERWATAKAN
PERISTIWA


Tun Perak
bijaksana
mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam
baik hati
menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu berkahwin semula.
berani
memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang Melaka.
berpengaruh
beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengketa dengan Seri Nara diraja.




SULTAN MUZAFFAR SYAH
mementingkan keharmonian Melaka
berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka.
prihatin
meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian persalinan.
bijaksana
mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu.
tidak terburu-buru
tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah sebaliknya memanggil Tun Perak untuk menceritakan keadaan yang sebenarnya.
menghargai rakyatnya
memberi anugerah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang telah membunuh Cau Pandan.


4.0      Gaya Bahasa
(a)     Bahasa Arab. Contoh: idahditalakkeramat.
(b)     Bahasa istana. Contoh: bagindatitahtuankumangkat.
(c)     Bahasa Melayu klasik. Contoh: terpermanai lagikemakanan matanya.
(d)     Hiperbola. Contoh: Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu.
(e)     Penggunaan lagu. Contoh: Cau Pandan anak Bubunnya,
           Hendak menyerang ke Melaka; Ada cincin berisi bunga, Bunga berladung si air  
           mata.
(f)      Repetisi. Contoh: Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu.
(g)     Simile. Contoh: seperti dewal orang berzikirdadanya seperti kena panah.

5.0 LATAR:

1.   Latar tempat:
-   Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
-   Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang Melaka.
-   Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.
-   Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.
-   Siam - tempat tinggal Paduka Babunnya.

2.   Latar masa:
-   Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan kuat.
-   Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah Melaka selama 42 tahun dan Melaka menjadi negeri yang makmur.
-   Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.

3. Latar Masyarakat
-  Golongan istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri, dan hulubalang.
-  Masyarakat yang mengamalkan ilmu.
-  Masyarakat yang tidak bersatu hati.
-  Masyarakat yang takut akan isteri.
-  Masyarakat yang bijaksana.
-  Masyarakat yang baik hati.


6.0 NILAI:

NILAI
PERISTIWA
kebijaksanaan
Tun Perak bijaksana apabila mengikat puntung api pada pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api pada waktu malam hingga cahaya api itu menggambarkan askar Melaka yang ramai sehingga menakutkan askar Siam.
baik hati
Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan sepasang persalinan.
bersatu padu
Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk menentang askar Siam.
keikhlasan
Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas untuk menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.
keberanian
Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya hingga dua kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan
pengorbanan
Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.
berilmu pengetahuan
Tuan Sidi Arab mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sehingga mampu membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dengan hanya menghalakan panahnya ke Siam.

7.0    PENGAJARAN:

Pengajaran
Peristiwa
Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi negara.
Tun Perak dan tentera-tenteranya berani menentang tentera Siam.
Kita mestilah bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah.
Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam menyelesaikan konflik antara Seri Nara Diraja dengan Padka Raja. Tindakan baginda mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Tun Perak telah berjaya menyelesaikan perbalahan antara dua pembesar dan membawa kepada keharmonian neger Melaka.
Kita mestilah ikhlas apabila melakukan sesuatu perbuatan.
Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan Paduka Raja sebgai Bendahara Melaka.
Kita mestilah sanggup bekorban untuk memperoleh kebaikan.
Sultan Muzaffar sanggup berkorban dengan menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tindakan tersebut dilakukan supaya Seri Nara Diraja berbaik-baik dengan Tun Perak.
Kita mestilah bersatu padu supaya negara menjadi kuat dan maju.
Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja hidup bermuafakat dengan bersatu padu sehingga membolehkan Melaka menghadapi ancaman Siam.
Kita mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain kepada kita.
Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan sepasang persalinan.
Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk melakukan tindakan yang betul.
Tuan Sidi Arab menggunakan ilmu pengetahuannya yang tinggi untuk membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dari jauh demi memastikan keamanan Melaka tidak tergugat.

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruh oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dlanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”
 Maka kata Awi Dicu. “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.”
Maka segala orang Siam pun kembalilah.

Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia


(i) Apakah peristiwa yang menimbulkan perasaan hairan orang Siam terhadap Tun
    Umar?                                                                                 [2 markah]

(ii) Mengapakah Awi Dicu membatalkan hasratnya untuk menyerang Melaka?
                                                                                             [3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, apakah rasionalnya Tun Umar melanggar perahu orang Siam tersebut?                                                                 [3 markah]

Skema Jawapan Soalan 2 ( c) – Petikan Prosa Tradisional
(i) Peristiwa yang menimbulkan perasaan hairan orang Siam terhadap Tun Omar:
- Tun Umar menyerang perahu-perahu Siam secara sendirian
- Semua perahu Siam kala                                                         [2 markah]

(ii) Awi Dicu membatalkan hasratnya untuk menyerang Melaka kerana:
- Mendengar pendapat hulubalang Siam bahawa terlalu banyak askar Melaka
- Sebuah perahu yang dibawa oleh Tun Umar telah berjaya menewaskan beberapa
  perahu Siam
- Perahu Melaka yang dipenuhi dengan pelbagai kelengkapan, menyukarkan mereka
  menewaskannya.                                                                     [3 markah]

(iii) Rasionalnya Tun Umar melanggar perahu orang Siam:
- Untuk menakut-nakutkan orang Siam
- Untuk menunjukkan keberanian orang Melaka.
- Untuk memastikan orang Siam tidak menyerang Melaka.
                                                                                             [3 markah]
SUMBER : LINK