PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
1.0 SINOPSIS
Negara Siam mendengar berita bahawa kerajaan Melaka merupakan sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh mana-mana kuasa ketika itu. Oleh itu, Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil untuk berjumpa dengan Sultan Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah / mengaku ketuanan Raja Siam (membayar ufti). Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah lantas menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka. Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka bertujuan supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.
Namun begitu, terdapat seorang dari Kelang yang iri hati kepada Tun Perak lalu memfitnahnya. Dia memberitahu Sultan Muzaffar bahawa Tun Perak telah mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk mengetahui kedudukan perkara sebenar. Tun Perak memberitahu Sultan Muzaffar bahawa beliau bertugas untuk Negara, dan meminta Sultan Muzaffar memecatnya jika mempercayai fitnah tersebut. Sultan Muzaffar sangat gembira dengan ketegasan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan. Ekoran pelantikan tersebut. penduduk Melaka berpecah kepada dua kumpulan iaitu mereka yang berpihak kepada Paduka Raja dan Seri Nara Diraja. Mereka berduajuga saling berselisih faham dan tidak bermaufakat. Sultan Muzaffar sagat sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua kerana perbalahan antara mereka boleh memunsahkan kerajaan Melaka.
Akhirnya, Sultan Muzaffar nekad untuk menceraikan isterinya iaitu Tun Kudu ( anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja) supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan Sultan Muzaffar. Sejak dikahwinkan, hubungan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.
Pada waktu itu Bendahara Paduka Raja dikatakan sebagai orang yang bijaksana. Pada zaman kegemilangan itu, terdapat tiga orang pembesar yang bijaksana di tiga buah negeri besar, iaituPatih Aria Gajah Mada di Majapahit, Orang Kaya Kanayan di Pasai, dan Bendahara Paduka Raja serta Seri Nara Diraja pula menjadi penghulu bendahari di Melaka.
Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima Awi Dicu mahu menyerang Melaka lagi. Sultan Muzaffar memerintahkan Bendahara Paduka Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam. Seri Bija Diraja juga diperintahkan untuk membantu Bendahara Paduka Raja untuk mengusir orang Siam yang telah menghampiri Batu Pahat. Bendahara Paduka Raja telah memerintahkan Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu Siam. Tun Umar yang berani itu telah melanggar beberapa buah perahuSiam sehingga mereka kalah. Tindakan Tun Umar itu telah membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan
Setelah hari malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan agar pohon-pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar. Tindakan tersebut telah dilihat oleh orang Siam. Hulubalangnya berpendapat bahawa kelengkapan Melaka sungguh banyak. Dengan itu, orang Siam menjadi takut dan tidak jadi berperang lalu kembali ke Siam semula.
Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan tenteranya supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya tentera Melaka lalu mereka berpatah balik ke Siam dan tidak jadi untuk menyerang Melaka.
Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di Siam,Paduka Babunnya sangat marah. Baginda mengarahkan anaknya iaitu Cau Pandan untuk menyerang Melaka dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya. Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya, dan mengarahkan panahnya itu ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahi Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah atas kesaktiannya itu.
Setelah 42 tahun memegang takhta, akhirnya Sultan Muzaffar Syah pun mangkat. Takhta Melaka telah digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Raja Abdullah dengan gelaran Sultan Mansur Syah. Usia baginda sewaktu menaiki takhta itu ialah 27 tahun. Sultan Mansur Syah seorang yang kacak, adil, dan pemurah. Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja.
2.0 Tema
Keghairahan Siam menyerang Melaka tanpa menilai kelemahan diri sendiri dan menyiasat kekuatan pihak lawan terlebih dahulu sebelum mengatur serangan.
3.0 Persoalan
1. Kebijaksanaan Tun Perak dalam mengatur strategi menghalang serangan dari Siam
Contoh: Tun Perak membawa rakyat dari Kelang bersama-sama anak isteri untuk menaikkan semangat berperang
Tun Perak mengikat puntung api pada pokok bakau, pokok nyirih dan pokok api-api di sepanjang pantai bagi menakutkan pihak musuh.
2. Semangat tidak mudah berputus asa.
Siam mengatur serangan ke atas Melaka sebanyak tiga kali walaupun kesemua percubaan tersebut menemui kegagalan.
3. Kepentingan permuafakatan antara pemimpin memperkukuh
ketahanan negara.
Konflik antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja telah menyebabkan masyarakat berpecah yang boleh melemahkan kekuatan negara.
4. Perkahwinan dapat mengeratkan perhubungan persaudaraan.
Contohnya, Sultan telah menjodohkan Tun Kudu anak saudara Tun Perak dengan Sri Nara Diraja.
5. Tanggungjawab melaksanakan tugas masing-masing tanpa
mencampuri urusan orang lain
mencampuri urusan orang lain
Tun Perak meminta Seri Amarta tidak mencampuri urusannya dan mempersoalkan sesuatu tindakan yang diambil.
6. Merahsiakan sesuatu perkara bagi mengelakkan konflik dalam
keluarga.
keluarga.
Seri Nara Diraja merahsiakan anak hasil hubungannya dengan gundik bagi mengelakkan berkonflik dengan isteri
7. Unsur kesaktian dalam peperangan
Sidi Arab mempunyai kesaktian dalam ilmu memanah. Beliau telah
memanah dari Melaka sehingga dapat membunuh Cau Pandan
yang berada di benua Siam.
memanah dari Melaka sehingga dapat membunuh Cau Pandan
yang berada di benua Siam.
4.0 WATAK DAN PERWATAKAN:
WATAK | PERWATAKAN | PERISTIWA |
Tun Perak | bijaksana | mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam |
baik hati | menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu berkahwin semula. | |
berani | memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang Melaka. | |
berpengaruh | beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengketa dengan Seri Nara diraja. | |
SULTAN MUZAFFAR SYAH | mementingkan keharmonian Melaka | berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka. |
prihatin | meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian persalinan. | |
bijaksana | mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu. | |
tidak terburu-buru | tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah sebaliknya memanggil Tun Perak untuk menceritakan keadaan yang sebenarnya. | |
menghargai rakyatnya | memberi anugerah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang telah membunuh Cau Pandan. |
4.0 Gaya Bahasa
(a) Bahasa Arab. Contoh: idah; ditalak; keramat.
(b) Bahasa istana. Contoh: baginda; titah; tuanku; mangkat.
(c) Bahasa Melayu klasik. Contoh: terpermanai lagi; kemakanan matanya.
(d) Hiperbola. Contoh: Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu.
(e) Penggunaan lagu. Contoh: Cau Pandan anak Bubunnya,
Hendak menyerang ke Melaka; Ada cincin berisi bunga, Bunga berladung si air
mata.
(f) Repetisi. Contoh: Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu.
(g) Simile. Contoh: seperti dewal orang berzikir; dadanya seperti kena panah.
5.0 LATAR:
1. Latar tempat:
- Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
- Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang Melaka.
- Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.
- Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.
- Siam - tempat tinggal Paduka Babunnya.
2. Latar masa:
- Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan kuat.
- Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah Melaka selama 42 tahun dan Melaka menjadi negeri yang makmur.
- Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.
3. Latar Masyarakat
- Golongan istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri, dan hulubalang.
- Masyarakat yang mengamalkan ilmu.
- Masyarakat yang tidak bersatu hati.
- Masyarakat yang takut akan isteri.
- Masyarakat yang bijaksana.
- Masyarakat yang baik hati.
6.0 NILAI:
NILAI | PERISTIWA |
kebijaksanaan | Tun Perak bijaksana apabila mengikat puntung api pada pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api pada waktu malam hingga cahaya api itu menggambarkan askar Melaka yang ramai sehingga menakutkan askar Siam. |
baik hati | Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan sepasang persalinan. |
bersatu padu | Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk menentang askar Siam. |
keikhlasan | Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas untuk menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat. |
keberanian | Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya hingga dua kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan |
pengorbanan | Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. |
berilmu pengetahuan | Tuan Sidi Arab mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sehingga mampu membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dengan hanya menghalakan panahnya ke Siam. |
7.0 PENGAJARAN:
Pengajaran | Peristiwa |
Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi negara. | Tun Perak dan tentera-tenteranya berani menentang tentera Siam. |
Kita mestilah bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah. | Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam menyelesaikan konflik antara Seri Nara Diraja dengan Padka Raja. Tindakan baginda mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Tun Perak telah berjaya menyelesaikan perbalahan antara dua pembesar dan membawa kepada keharmonian neger Melaka. |
Kita mestilah ikhlas apabila melakukan sesuatu perbuatan. | Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan Paduka Raja sebgai Bendahara Melaka. |
Kita mestilah sanggup bekorban untuk memperoleh kebaikan. | Sultan Muzaffar sanggup berkorban dengan menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tindakan tersebut dilakukan supaya Seri Nara Diraja berbaik-baik dengan Tun Perak. |
Kita mestilah bersatu padu supaya negara menjadi kuat dan maju. | Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja hidup bermuafakat dengan bersatu padu sehingga membolehkan Melaka menghadapi ancaman Siam. |
Kita mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain kepada kita. | Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan sepasang persalinan. |
Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk melakukan tindakan yang betul. | Tuan Sidi Arab menggunakan ilmu pengetahuannya yang tinggi untuk membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dari jauh demi memastikan keamanan Melaka tidak tergugat. |
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruh oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dlanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”
Maka kata Awi Dicu. “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.”
Maka segala orang Siam pun kembalilah.
Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Apakah peristiwa yang menimbulkan perasaan hairan orang Siam terhadap Tun
Umar? [2 markah]
(ii) Mengapakah Awi Dicu membatalkan hasratnya untuk menyerang Melaka?
[3 markah]
(iii)Pada pendapat anda, apakah rasionalnya Tun Umar melanggar perahu orang Siam tersebut? [3 markah]
Skema Jawapan Soalan 2 ( c) – Petikan Prosa Tradisional
(i) Peristiwa yang menimbulkan perasaan hairan orang Siam terhadap Tun Omar:
- Tun Umar menyerang perahu-perahu Siam secara sendirian
- Semua perahu Siam kala [2 markah]
(ii) Awi Dicu membatalkan hasratnya untuk menyerang Melaka kerana:
- Mendengar pendapat hulubalang Siam bahawa terlalu banyak askar Melaka
- Sebuah perahu yang dibawa oleh Tun Umar telah berjaya menewaskan beberapa
perahu Siam
- Perahu Melaka yang dipenuhi dengan pelbagai kelengkapan, menyukarkan mereka
menewaskannya. [3 markah]
(iii) Rasionalnya Tun Umar melanggar perahu orang Siam:
- Untuk menakut-nakutkan orang Siam
- Untuk menunjukkan keberanian orang Melaka.
- Untuk memastikan orang Siam tidak menyerang Melaka.
[3 markah]
SUMBER : LINK
No comments:
Post a Comment