SAJAK ERTI HIDUP BERERTI (Teo Wei Sing)
LATIHAN KOMSAS:
SAJAK ERTI HIDUP BERERTI (Teo Wei Sing)
RANGKAP | MAKSUD |
Aku selalu didatangi malam sepi bagai kalung yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari siapa yang akan dayang menjengukku keluhan seorang tua sunyi. | Fikiran penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak pernah berubah. Tiada siapa yang datang menziarahinya. Keluhan daripada seorang insan tua yang kesunyian. - Penyajak berasa kesunyian kerana malam yang dilaluinya begitu sepi. Walau bagaimanapun, keadaan itu tetap tidak berubah pada keesokan harinya kerana tiada sesiapa yang datang untuk menziarahinya |
Keheningan tasik kehijauan rumput hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam rahim dilupai dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang. | Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupainya dan tidak sanggup untuk menjaganya. Anak-anaknya saling menolak untuk menjaganya. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh. - Keheningan tasik dan kehijauan rumput hanya sebagai bayangan lalu. Kini, cinta yang tersemai sejak di dalam rahim telah dilupakan oleh anak-anaknya, iaitu daripada anak yang sulung hingga anak yang bongsu. Lantas, penyajak mencari erti hidup sewaktu dirinya menderita sakit dan keseorangan |
Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku baik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angin dingin jangan terpegun ada yang mati ada yang hidup tiada yang kekal kecuali Tuhan. Suara Anak Pahang, 2009 Pekan Ilmu Sdn. Bhd. | Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka anak kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak berharap agar hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini. Manusia jangan leka, dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali Tuhan yang kekal. - Penyajak berasa habawa dirinya tidak bermakna kepada anak-anaknya. Namun demikian, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan supaya duka di hatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal kecuali Tuhan |
TEMA- Sajak ini bertemakan kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua. Penyair berasa sunyi dalam hidupnya kerana anak-anaknya telah melupakan kasih sayangnya. Penyair berharap agar anak-anaknya dikurniakan oleh Tuhan keinsafan.
BENTUK SAJAK
.
1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama mengandungi tujuh baris, rangkap kedua mengandungi sepuluh baris, dan rangkap ketiga mengandungi sebelas baris.
3. Jumlah patah kata dalam setiap baris jugak tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satu baris.
4. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada empat hingga tiga belas suku kata.
5. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: aabcaca, rangkap kedua: abccdeafgh, dan rangkap ketiga: aabacdefdgc
6. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat
LATIHAN PENCERNAAN UNSUR KOMSAS SAJAK ERTI HIDUP BERERTI :
UNSUR KOMSAS | HURAIAN / CONTOH | |
1. Nilai keinsafan. | Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia hanya sementara dan Tuhan sahaja yang kekal. | penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan. |
2. Nilai kasih sayang. | Ibu bapa mestilah bersikap penyayang terhadap anak-anak supaya kehidupan anak-anak itu mendapat berkat. | kasih sayang penyajak yang makin berusia terhadap anak-anaknya tetap utuh walaupun mereka menderhakainya. |
3. Nilai ketabahan. | Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak dirundung rasa putus asa | Penyajak tetap tabah dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan kesunyian walaupun tidak dihiraukan oleh anak-anaknya |
4. Nilai bertanggungjawab. | Ibu bapa hendaklah sentiasa bertanggungjawab terhadap anak-anak supaya mereka memperoleh keredaan ibu bapa menerusi doa dan restu. | Penyajak seorang yang bertanggungjawab kerana mendoakan anak-anaknya dikurniakan keinsafan |
5. BERJASA | anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka | Penyajak berasa kecewa kerana jasanya yang membesarkan anak-anaknya tidak dihargai |
6. keikhlasan | Ibu bapa hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagian anak-anak agar mereka sedar bahawa kasih saying ibu bapa tetap ikhlas | Penyajak mendoakan kesejahteraan hidup anak-anaknya walaupun mereka tidak mengenang jasanya yang melahirkan mereka |
sumber : LINK
No comments:
Post a Comment